Tuesday, November 3, 2020

Lari Dari Medan? : PEJUANG



 Dr. Maszlee Malik telah pun mengumumkan dan membuat siaran media menyatakan bahawa dia telah menarik diri dari menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja bagi Parti baru Tun M iaitu PEJUANG. Sebelum itu Parti PEJUANG telah mengeluarkan senarai nama Ahli Jawatankuasa Penaja tanpa nama Dr. Maszlee dilampirkan bersama.




Sebelum itu kita sedia maklum bahawa Syed Saddiq juga tidak bersama Tun M malah dia menubuhkan sendiri Parti baru iaitu Parti MUDA yang berasaskan anak muda. Keputusan Dr. Maszlee agak bijak ketika ini yang mana strategi politik Tun M yang semakin tidak berarah dan juga karier politik anaknya Mukhriz yang bagaikan hidup segan mati tak mahu. Dr. Maszlee adalah seorang ahli akademik yang bermutu sepatutnya tidak terjebak bersama politikus elitis yang memperjuangkan kroni dan asurvival politik anak bagi meneruskan legasi.

Pelaburan Mudah dengan Wahed Invest

Posting kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda satu sistem pelaburan yang mudah dan senang. Sistem ini berdaftar dengan Suruhanjaya ...