Monday, April 4, 2011

Keutuhan Sesebuah Institusi Islam

Kali ini isu yang ingin dibincangkan ialah berkenaan kekuatan sebuah institusi yang berteraskan Islam. Alhamdulillah, di Malaysia terdapat banyak institusi yang berteraskan Islam dan ini merupakan nilai tambah kepada kita umat Islam Melayu di Malaysia. Kenapa tidak di sebut sebagai umat Melayu Islam, ini kerana Islam itu lebih tinggi darjatnya dari Melayu. Ini disebabkan, orang Melayu belum tentu semuanya mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian, tetapi orang yang Islam sudah tentu mengamalkan kecantikan budaya Melayu yang sudah kita maklum yang amat lemah lembut dan sopan santun walaupun ada juga adat-adat Melayu yang bertentangan dengan Islam. Berbalik kepada isu yang ingin dibincangkan, ada diantara pekerja-pekerja yang bekerja di institusi yang berteraskan Islam tidak mengikut etika yang betul khususnya dalam etika berpakaian.

cara pemakaian
Contohnya seperti gambar di atas, yang mana cara pemakaian trend yang terkini bertudung tetapi baju mendedahkan kulit tubuh si pemakai. Ini bukan etika penutupan aurat yang sempurna tetapi hanyalah fesyen yang di amalkan oleh wanita-wanita Islam dewasa ini. Di INSANIAH juga ada pemakaian staf yang sebegini walaupun INSANIAH sebuah Universiti berteraskan Islam dan juga Bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya. Ini bukan tuduhan yang melulu ataupun tuduhan liar semata-mata, ini kerana terdapat model staf INSANIAH yang memakai seperti ini lalu dihadapan penulis baru-baru ini. Dan kalau anda memerhati dengan teliti anda akan dapat lihat cara pemakaian sebegini. Penyataan ini bukan untuk memburukkan sesiapa, cuma teguran dari sudut skop yang kecil di mana tempat yang kita berada sekarang. Di mana kita harus berpijak di bumi yang nyata agar kepentingan itu yang perlu kita jaga dan perbaiki bersama. Kenapa penulisan ini hanya mempertikaikan wanita, ini kerana kesemua staf-staf lelaki etika pemakaian mereka adalah sama dan menepati tuntutan aurat iaitu berbaju kemeja dan berseluar slack.

Etika pemakaian pekerja lelaki, kita boleh lihat semuanya menepati syariat tidak kira walaupun institusi itu bukan sebuah institusi yang berteraskan Islam. Ini dapat dibuktikan dan memang sudahpun terbukti dengan jelas dalam kehidupan harian kita dapat melihat waima lelaki yang bukan Islam pun berpakaian sebegitu etika pemakaian mereka. Pasti diantara rakan-rakan bersetuju dengan apa yang dinyatakan disini kerana ianya fakta bukannya auta. Ini kerana, cara pemakaian sebegitu bukan sahaja membawa dosa kepada si pemakainya malahan kepada lelaki ajnabi yang memandangnya. Memang pandangan yang pertama tidak membawa dosa, tetapi harus di ingat bahawa lelaki mempunyai nafsu dan keinginan. Setiap pandangan yang pertama mesti ada pandangan yang kedua dan seterusnya. Syaitan juga akan mendorong kearah tempat pemandangan yang indah dah penuh cantik itu.

Pelaburan Mudah dengan Wahed Invest

Posting kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda satu sistem pelaburan yang mudah dan senang. Sistem ini berdaftar dengan Suruhanjaya ...