Ada maklumat mengatakan bahawa Parti MUDA Syed Saddiq adalah penjenamaan semula bagi sebuar nGo yang berdaftar di Johor sejak sebelum PRU14 yang lepas iaitu nGo MUDA. Jadi Syed Saddiq cuma mengambil-alih dan menjenamakan semula nGo tersebut sebagai mana yang telah dilakukan oleh Abang Mat Sabu and the gang dengan menjenamakan semua Parti Pekerja kepada Parti Amanah Negara (PAN).
Dengan menubuhkan parti yang berasaskan anak muda, perjalanan parti tersebut kemungkinan tidak begitu stabil kerana sudah pasti kepimpinan parti tersebut kerap berubah dek kerana meningkat usia ahli yang telah menjadi tua. Persoalannya ialah, jika ahli MUDA meningkat dewasa perlukah menubuhkan pula parti TUA?
Perjalanan politik adalah satu survival yang panjang dan bukannya berasaskan katogeri usia. Dalam berpolitik memerlukan seseorang yang matang dalam liku-liku politik dan juga matang dari segi ilmu. Semangat dan keterujaan bukan menjadi satu titik mula namun pengalaman amat bermakna. Memperjuangkan hak orang muda tidak memerlukan sebuah parti berasaskan pemuda.