Monday, September 21, 2020

AIR : Rain Harvesting

Ketika krisis air di negeri Selangor yang menjadi bualan rakyat Malaysia, Menteri Alam Sekitar Dan Air Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar sistem "Rain Harvesting" ataupun tadahan air hujan bagi kediaman dan bangunan dipraktikkan sebagai salah satu jalan penyelesaian jangka pendek bagi menghadapi krisis air yang berlaku. Rain Harvesting merupakan satu sistem tadahan yang sistematik, praktikal serta menjimatkan. Sistem ini telah lama diamalkan di negara-negara maju dan Rain Harvesting digunakan untuk kegunaan umum seperti tandas, membasuh kenderaan namun bukan untuk kegunaan asasi seperti memasak dan minum.
                                      Ini yang dimaksudkan

Walau bagaimanapun terdapat segelintir pemimpin pembangkang menyatakan bahawa idea dan cadangan Menteri tersebut membawa negara ke zaman batu. Ini adalah salah satu pemikiran jumud yang semborono demi survival politik sendiri. Jika idea tersebut membawa negara ke zaman batu, adakah negara lain juga sudah kembali ke zaman batu setelah mengamalkan Rain Harvesting?
                                   Saifuddin Nasution

Memang tidak dinafikan bahawa Rain Harvesting bukanlah satu idea yang ampuh bagi menyelesaikan krisis air yang berlaku dalam negara kita ini. Namun idea tersebut bukanlah cadangan yang terkebelakang atau teruk, tetapi boleh dijadikan sebagai alternatif langkah penjimatan air daripada air hujan mengalir sia-sia ke longkang.
                      Ini yang difahami oleh pembangkang

Pelaburan Mudah dengan Wahed Invest

Posting kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda satu sistem pelaburan yang mudah dan senang. Sistem ini berdaftar dengan Suruhanjaya ...