Baru-baru ini di Facebook terdapat satu hantaran menunjukkan orang barat telah membina replika bersaiz sebenar bahtera Nabi Nuh A.S. Peristiwa banjir terbesar dalam sejarah dunia itu direkodkan dalam agama-agama utama dunia iaitu Islam, Kristian malahan Yahudi. Ketiga-tiga penganut agama ini mengakui dan mempercayai tentang peristiwa tersebut.
Untuk makluman, jarak masa antara Nabi Adam A.S dan Nabi Nuh A.S lebih kurang 1600 tahun setelah kewafatan Nabi Adam A.S. Nabi Adam telah dihantar ke dunia dengan ilmu yang lengkap dan sempurna bagi mewujudkan ketamadunan manusia seperti mana yang diceritakan dalam Al-Quran, yang mana Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam A.S "asma'a kullaha" iaitu ibu bagi segala ilmu.
Setelah Nabi Adam turun ke dunia, teknologi manusia berkembang pesat serta berevolusi seiring peredaran masa dan zaman berbekalkan ilmu yang telah Allah ajarkan ketika di Syurga. Ketika Nabi Nuh membina bahtera, baginda tidak membinanya menggunakan tukul dan pahat atau pun alatan primitif. Baginda membina bahtera tesebut menggunakan teknologi yang canggih. Sehingga hari ini lokasi dan bahtera sebenar Nabi Nuh masih belum ditemui.
Peristiwa Banjir Besar tersebut adalah "RESET BUTTON" bagi bumi kerana pada waktu tersebut, teknologi umat Nabi Nuh tersangat hebat hinggakan mereka begitu sombong kepada dakwah Nabi Nuh A.S. Mereka angkuh dengan kemajuan yang telah mereka capai. Di ketika zaman inilah yang menjadi asas kepada lagenda penceritaan ketamadunan Atlantis dan Lemuria.
Setelah banjir besar manusia kembali menyebarkan keturunan yang baru ditanah asing. Tanah daratan dibumi berubah akibat banjir tersebut. maka bertebaran keturunan manusia baru yang ilmunya terbatas tidak seperti keadaan sebelum banjir seiring juga kehadiran para utusan Rasul-rasul Allah membimbing manusia.
Sehinggalah junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W diutuskan yang datang bersamanya mukjizat yang agung iaitu Al-Quran. Al-Quran adalah ibu bagi segala ilmu sepertimana "asma'a kullaha" yang telah Allah ajarkan kepada Nabi Adam. Dalam Al-Quran mempunyai segala ilmu sains, biologi dan sebagainya. Kini setelah 1442 tahun Nabi Muhammad wafat, kita boleh lihat perkembangkan teknologi dan ilmu yang semakin maju. Malah ilmuan-ilmuan hebat dari barat mencedok penemuan dan kajian dari ilmuan Islam zaman silam seterusnya memperkembangkan ilmu tersebut.
Jika kita hendak lihat keadaan teknologi pada zaman Nabi Nuh, kita cuma perlu tunggu lagi 158 tahun lagi jika tidak berlakunya kiamat dalam tempoh masa tersebut!