Saturday, January 30, 2021

Pelaburan Mudah dengan Wahed Invest

Posting kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda satu sistem pelaburan yang mudah dan senang. Sistem ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan bukannya skim cepat kaya atu MLM. Kita tidak perlu mencari downline, dan nama sistem tersebut ialah Wahed Invest yang menggunakan platform aplikasi telefon pintar. Wahed menggunakan sistem Robo-Advisor dimana sistem A.I akan melakukan pelaburan kepada pendeposit dengan kadar yuran yang rendah.


Kenapa Wahed?
1. Memudahkan kepada individu yang berminat dengan trading tetapi tidak berani menanggung risiko.
2. Pelaburan boleh dilakukan dengan modal serendah RM100
3. Mudah dikendalikan dan boleh membuat pengeluaran dan deposit bila-bila masa.
4. Aplikasi Wahed boleh di muat-turun di Google Play

Anda hanya perlu install dan pilih portfolio yang bersesuaian dengan anda serta pengalaman anda dalam bidang trading. Kadar keuntungan boleh mencapai 8%-17% dalam tempoh 3 bulan(berdasarkan keaadan market semasa dan pengalaman admin) juga berdasarkan portfolio yang anda pilih. Ianya mungkin tidak mengkayakan anda, namun baik untuk pelaburan masa hadapan. Wahed juga hanya melabur dalam stock/saham yang halal dan patuh syariah. Jadi kita tidak perlu risau tentang itu.

Untuk mendapatkan modal percuma USD2.5/ RM10, masukkan kod refferal ini : muhsop2

Insya Allah nanti admin akan kongsikan review akaun admin setelah genap setahun tempoh pelaburan.

selamat melabur!








Sunday, November 22, 2020

Buat Duit Online : Daftar dapat USD$10- Money Guru

Anda daftar dan secara automatik anda akan mendapat USD$10.00!!!!

Dalam tempoh PKP ini masing-masing ada yang tidak dapat bekerja dan hanya melayari media sosial dirumah. Memandangkan kita semua mempunyai akses internet yang mudah, admin ingin kongsikan satu laman web menjana duit atau wang secara percuma iaitu Money Guru. Anda tidak perlu membayar apa-apa wang pendahuluan, hanya daftar dan lakukan tugasan atau task yang diberi.

Antara task yang dibayar ialah, memasang/install aplikasi dari Google Play Store dan juga menjawap soalan survey dilaman web tertentu. Anda akan di bayar USD5.00 untuk satu task dan pengeluaran boleh dilakukan melalui paypal dan lain-lain aplikasi e-wallet.

Untuk pendaftaran sila klik:

INI ADALAH PERCUMA...!!!!

Monday, November 16, 2020

Reset Button : Banjir besar dan Nabi Nuh

 Baru-baru ini di Facebook terdapat satu hantaran menunjukkan orang barat telah membina replika bersaiz sebenar bahtera Nabi Nuh A.S. Peristiwa banjir terbesar dalam sejarah dunia itu direkodkan dalam agama-agama utama dunia iaitu Islam, Kristian malahan Yahudi. Ketiga-tiga penganut agama ini mengakui dan mempercayai tentang peristiwa tersebut.


Untuk makluman, jarak masa antara Nabi Adam A.S dan Nabi Nuh A.S lebih kurang 1600 tahun setelah kewafatan Nabi Adam A.S. Nabi Adam telah dihantar ke dunia dengan ilmu yang lengkap dan sempurna bagi mewujudkan ketamadunan manusia seperti mana yang diceritakan dalam Al-Quran, yang mana Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam A.S "asma'a kullaha" iaitu ibu bagi segala ilmu.

Setelah Nabi Adam turun ke dunia, teknologi manusia berkembang pesat serta berevolusi seiring peredaran masa dan zaman berbekalkan ilmu yang telah Allah ajarkan ketika di Syurga. Ketika Nabi Nuh membina bahtera, baginda tidak membinanya menggunakan tukul dan pahat atau pun alatan primitif. Baginda membina bahtera tesebut menggunakan teknologi yang canggih. Sehingga hari ini lokasi dan bahtera sebenar Nabi Nuh masih belum ditemui.

Peristiwa Banjir Besar tersebut adalah "RESET BUTTON" bagi bumi kerana pada waktu tersebut, teknologi umat Nabi Nuh tersangat hebat hinggakan mereka begitu sombong kepada dakwah Nabi Nuh A.S. Mereka angkuh dengan kemajuan yang telah mereka capai. Di ketika zaman inilah yang menjadi asas kepada lagenda penceritaan ketamadunan Atlantis dan Lemuria.


Setelah banjir besar manusia kembali menyebarkan keturunan yang baru ditanah asing. Tanah daratan dibumi berubah akibat banjir tersebut. maka bertebaran keturunan manusia baru yang ilmunya terbatas tidak seperti keadaan sebelum banjir seiring juga kehadiran para utusan Rasul-rasul Allah membimbing manusia.

Sehinggalah junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W diutuskan yang datang bersamanya mukjizat yang agung iaitu Al-Quran. Al-Quran adalah ibu bagi segala ilmu sepertimana "asma'a kullaha" yang telah Allah ajarkan kepada Nabi Adam. Dalam Al-Quran mempunyai segala ilmu sains, biologi dan sebagainya. Kini setelah 1442 tahun Nabi Muhammad wafat, kita boleh lihat perkembangkan teknologi dan ilmu yang semakin maju. Malah ilmuan-ilmuan hebat dari barat mencedok penemuan dan kajian dari ilmuan Islam zaman silam seterusnya memperkembangkan ilmu tersebut.

Jika kita hendak lihat keadaan teknologi pada zaman Nabi Nuh, kita cuma perlu tunggu lagi 158 tahun lagi jika tidak berlakunya kiamat dalam tempoh masa tersebut!



Wednesday, November 4, 2020

NASA berjaya berhubung dengan kapal angkasa yang berusia 50 tahun pada jarak 12 billion batu : Voyager 2

 

NASA akhirnya dapat berhubung semula dengan kapal peninjau -Voyager 2, yang telah mengembara di angkasa sejak bulan Ogos 1977.

Jurutera telah menghantar beberapa siri arahan(command) kepada Voyager 2 menggunakan antena radio yang besar, yang mana telah dimatikan untuk dibaikpulih dan menaik taraf sejak bulan Mac.

Voyager 2 telah menerima "panggilan" dan melaksanakan arahan(command), walaupun berada lebih dari 11.6 billion batu (18.8 billion kilometer) dari bumi.

Oleh kerana jarak yang begitu jauh, jurutera terpaksa menunggu selama hampir 35 jam untuk menerima jawapan. 

"Apa yang membuat tugasan ini unik ialah kami melakukan kerja-kerja disetiap aras antena, bermula dari aras bawah(tapak) sehingga ke alat penerima isyarat ditengah piring yang terletak diatas." Kata Brad Arnold, pengurus projek DSN di NASA Jet Propulsion Lab.

"Ujian komunikasi dengan Voyager 2 sudah pasti membuktikan kepada kita bahawa semuanya berjalan lancar seiring dengan usaha yang telah kita lakukan."

Antara proses menaik-taraf piring transmisi, yang dinamakan DSS43 dan lokasinya di Autralia, ialah dua pemancar radio yang baru.


Pemancar tersebut tidak pernah ditukar selama 47 tahun, dan dijangka ianya akan kembali berfungsi dalam bulan Februari 2021.

Jurutera juga menaik-taraf sistem pemanas dan sistem penyejukan, alat bekalan kuasa dan beberapa komponen elektronik bagi memastikan proses penghantaran berjaya.

Memandangkan piring penerima dimatikan, petugas hanya dapat menerima data kesihatan dan data sains dari Voyager 2, tetapi tidak boleh menghantar arahan kepadanya.

"Antena DSS43 ialah sistem khusus yang tinggi, hanya terdapat dua antena seumpamanya sahaja didunia, jadi membiarkannya tidak berfungsi selama setahun bukan tindakan yang baik untuk Voyager dan juga misi-misi NASA yang lain." Kata Philip  Baldwin, pengurus operasi untuk program NASA Space Communications and Navigation (SCaN). 

"Agensi memutuskan untuk menjalankan naik-taraf ini supaya antena mampu berfungsi untuk program yang sedang berjalan dan misi yang akan datang. Memandangkan antena sudah berusia hampir 50 tahun, lebih baik menjadi lebih proaktif kemudian diaktifkan semula dengan penjagaan yang kritikal."

Setelah berjaya berhubung dengan Voyager 2, baikpulih piring juga dapat memberikan manfaat kepada misi ke Marikh yang akan datang.

Ia akan diguna bagi misi Pemerhatian Marikh, apabila kenderaan rover dihantar ke Planet Merah pada Februari 2021.

Ia(rover)akan mencari fosil makhluk asing purba serta melancarkan penerbangan helikopter pertama di planet asing.

NASA menegaskan ianya juga akan menjaga komunikasi untuk misi bulan ke Marikh, menyokong misi Artemis yang mana akan menghantar angkasawan wanita pertama ke bulan dan manusia ke dua ke bulan dalam tahun 2024.


Sumber : Independent

Tuesday, November 3, 2020

Lari Dari Medan? : PEJUANG



 Dr. Maszlee Malik telah pun mengumumkan dan membuat siaran media menyatakan bahawa dia telah menarik diri dari menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja bagi Parti baru Tun M iaitu PEJUANG. Sebelum itu Parti PEJUANG telah mengeluarkan senarai nama Ahli Jawatankuasa Penaja tanpa nama Dr. Maszlee dilampirkan bersama.




Sebelum itu kita sedia maklum bahawa Syed Saddiq juga tidak bersama Tun M malah dia menubuhkan sendiri Parti baru iaitu Parti MUDA yang berasaskan anak muda. Keputusan Dr. Maszlee agak bijak ketika ini yang mana strategi politik Tun M yang semakin tidak berarah dan juga karier politik anaknya Mukhriz yang bagaikan hidup segan mati tak mahu. Dr. Maszlee adalah seorang ahli akademik yang bermutu sepatutnya tidak terjebak bersama politikus elitis yang memperjuangkan kroni dan asurvival politik anak bagi meneruskan legasi.

Pelaburan Mudah dengan Wahed Invest

Posting kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda satu sistem pelaburan yang mudah dan senang. Sistem ini berdaftar dengan Suruhanjaya ...