NASA akhirnya dapat berhubung semula dengan kapal peninjau -Voyager 2, yang telah mengembara di angkasa sejak bulan Ogos 1977.
Jurutera telah menghantar beberapa siri arahan(command) kepada Voyager 2 menggunakan antena radio yang besar, yang mana telah dimatikan untuk dibaikpulih dan menaik taraf sejak bulan Mac.
Voyager 2 telah menerima "panggilan" dan melaksanakan arahan(command), walaupun berada lebih dari 11.6 billion batu (18.8 billion kilometer) dari bumi.
Oleh kerana jarak yang begitu jauh, jurutera terpaksa menunggu selama hampir 35 jam untuk menerima jawapan.
"Apa yang membuat tugasan ini unik ialah kami melakukan kerja-kerja disetiap aras antena, bermula dari aras bawah(tapak) sehingga ke alat penerima isyarat ditengah piring yang terletak diatas." Kata Brad Arnold, pengurus projek DSN di NASA Jet Propulsion Lab.
"Ujian komunikasi dengan Voyager 2 sudah pasti membuktikan kepada kita bahawa semuanya berjalan lancar seiring dengan usaha yang telah kita lakukan."
Antara proses menaik-taraf piring transmisi, yang dinamakan DSS43 dan lokasinya di Autralia, ialah dua pemancar radio yang baru.
Pemancar tersebut tidak pernah ditukar selama 47 tahun, dan dijangka ianya akan kembali berfungsi dalam bulan Februari 2021.
Jurutera juga menaik-taraf sistem pemanas dan sistem penyejukan, alat bekalan kuasa dan beberapa komponen elektronik bagi memastikan proses penghantaran berjaya.
Memandangkan piring penerima dimatikan, petugas hanya dapat menerima data kesihatan dan data sains dari Voyager 2, tetapi tidak boleh menghantar arahan kepadanya.
"Antena DSS43 ialah sistem khusus yang tinggi, hanya terdapat dua antena seumpamanya sahaja didunia, jadi membiarkannya tidak berfungsi selama setahun bukan tindakan yang baik untuk Voyager dan juga misi-misi NASA yang lain." Kata Philip Baldwin, pengurus operasi untuk program NASA Space Communications and Navigation (SCaN).
"Agensi memutuskan untuk menjalankan naik-taraf ini supaya antena mampu berfungsi untuk program yang sedang berjalan dan misi yang akan datang. Memandangkan antena sudah berusia hampir 50 tahun, lebih baik menjadi lebih proaktif kemudian diaktifkan semula dengan penjagaan yang kritikal."
Setelah berjaya berhubung dengan Voyager 2, baikpulih piring juga dapat memberikan manfaat kepada misi ke Marikh yang akan datang.
Ia akan diguna bagi misi Pemerhatian Marikh, apabila kenderaan rover dihantar ke Planet Merah pada Februari 2021.
Ia(rover)akan mencari fosil makhluk asing purba serta melancarkan penerbangan helikopter pertama di planet asing.
NASA menegaskan ianya juga akan menjaga komunikasi untuk misi bulan ke Marikh, menyokong misi Artemis yang mana akan menghantar angkasawan wanita pertama ke bulan dan manusia ke dua ke bulan dalam tahun 2024.
Sumber : Independent
No comments:
Post a Comment