Friday, March 4, 2011

Politik Malaysia

BN telah memerintah Malaysia telah sekian lama sejak dari negara kita merdeka. Satu persoalan...adakah sistem pemerintahan di negara kita adil dan saksama. Hingga kini belbagai perubahan dah tranformasi yang telah di lalui oleh negara kita selepas merdeka. Dan alhamdulillah Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan bebas merdeka. Tetapi ada lagi yang masih belum lagi merdeka di negara kita. Iaitu media, sistem kehakiman, badan kerajaan, dan juga pemikiran umat melayu yang masih jumud. Media merupakan satu medium yang amat penting bagi menyampai maklumat kepada rakyat. Akan tetapi, media di Malaysia seolah-olah seperti hak milik orang-orang yang tertentu sahaja dan orang-orang yang berkuasa. Media sepatutnya menjadi pemberi maklumat yang betul kepada rakyat bukan menjadi pengampu sesebelah pihak sahaja dan menjadi orang tengah kepada rakyat. Contohnya seperti laporan tentang bantuan banjir di Kedah oleh media massa yang hanya menghentam kerajaan negeri tanpa memberi peluang kepada pihak kerajaan negeri menjawap tomahan dan fitnah yang dilemparkan. Sedangkan pada waktu ketika berlakunya bencana banjir, kerajaan negeri bertungkus-lumus dan berhempas -pulas membantu rakyat tanpa mengambil kira fahaman politik yang berbeda. Menteri besar ustaz Azizan sendiri yang turun padang melihat dan membantu rakyat. Tetapi yang mengecewakan, laporan media melaporkan yang sebaliknya. Itulah hakikatnya media Malaysia.

Adakah kita sebagai rakyat Malaysia yakin dengan sistem kehakiman yang ada di negara kita sekarang..?? Dengan adanya ISA yang telah di salahgunakan. Kes perbicaraan D.S Anwar Ibrahim yang hingga kini masih belum ada penyelesaian atau kata putus. Yang hairannya, kenapa kes tersebut tidak di bicarakan di mahkamah syariah sedangkan D.S Anwar dan Saiful Bukhari adalah seorang Islam. Dan juga, tuduhan yang di adakan itu juga salah di sisi Islam. Begitu juga kes Tan Beng Hock yang masih ada keputusan yang jelas kepada semua rakyat Malaysia dan khususnya kepada keluarga si mangsa. Dimana keadilan dalam sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia. Dengan badan kerajaan seperti SPRM, SPR dan Polis yang masih lagi menjadi kukuda atau kekuda kepada BN. SPRM menjadi hero kepada pemimpin-pemimpin BN yang mengisi kantung dan poket sendiri. SPR menjadi benteng pertahanan kepada wilayah-wilayah yang di takluki BN. Manakala Polis menjadi babu dan penyekat suara rakyat. Itulah Malaysia...

Orang-orang Melayu yang jumud pula di momokkan dengan isu perkauman di mana Pakatan Rakyat adalah pengkhianat bangsa. Dan orang Melayu akan merempat sekiranya UMNO-BN tidak memerintah Malaysia. Tetapi hakikatnya UMNO lah yang menjadi petualang bangsa. Pemimpin UMNO lah yang membuang kekebalan Sultan, menyekat bantuan ke sekolah Agama Rakyat yang 100% pelajarnya berbangsa melayu. Dan UMNO juga yang menghina Sultan Terengganu dengan mengelarkan baginda sebagai "natang" yang membawa maksud sebagai binatang. Jadi siapakah yang mengkhianat bangsa Melayu selama ini dan menghapuskan tulisan jawi dari orang melayu.

Perubahan harus dilakukan demi menyelamatkan negara kita untuk generasi yang akan datang. Sama-sama kita mengubah kerajaan demi kebajikan kita semua. Jika itu tidak di lakukan, tidak mustahil Malaysia akan menjadi seperti Mesir yang menggulingkan Hosni Mubarak yang menjalankan pemerintahan sebagai diktator. Arus perubahan harus di lakukan bermula dari sekarang. SELAMAT MALAYSIA!!!!!!!





   



No comments:

Post a Comment

Pelaburan Mudah dengan Wahed Invest

Posting kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda satu sistem pelaburan yang mudah dan senang. Sistem ini berdaftar dengan Suruhanjaya ...