Petikan Blog |
Dia mencabar Allah supaya menurunkan bala, menyamakan Allah seperti makhluk sedangkan Allah itu khaaliq iaitu pencipta yang mencipta sekalian alam ini dan termasuk diri si pengkeji itu. Terdapat komen dan juga cacian yang di berikan kepada penulis blog tersebut oleh pembaca-pembaca blog namun, lagi makin menjadi si penulis keji itu menghina Islam. Si penulis keji tersebut menggambarkan dirinya sebagai seorang yang fasih berbahasa arab, berpengetahuan luas dalam Islam dan juga mendakwa dirinya bekas pelajar jameah Ummul Qura'.
Sewajar kita sebagai ummat Islam harus mempertahankan agama suci ini walau dengan apa cara sekalipun hatta nyawa kita sendiri jika perlu dikorbankan. Tetapi si penulis keji tersebut dengan bangga mengakui dirinya sebagai seorang "Melayu Islam" dan dalam masa yang sama mencaci Islam. Lagi dilayan karenah penulisannya, lagi menjadi kejian dan caciannya terhadap Islam yang kononnya dia sahaja yang faham ertikata Islam yang sebenar. Dan Islam yang diamalkan sekarang tidak berlandaskan ajaran Islam yang betul. Sungguh malang nasib diri penulis keji tersebut yang begitu cetek pemikirannya malah bertuhankan hawa nasfu semata-mata. Dia bercakap tentang Rasulullah seolah-olah dia berada sezaman dengan Rasulullah dan hidup bersama Nabi akhir zaman itu. Kewujudan blog tersebut hanya kerana ingin membuatkan ummat Islam marah dan cuba membuatkan kemarahan ummat Islam kian membara disamping itu juga melagakan Islam dan juga antara agama-agama yang lain didunia ini.
Si penulis keji tersebut mentafsirkan Al-Quran dan menghurai hadis Nabi mengikut hawa nafsunya bukannya melalui ilmu yang sepatutnya. Selain itu juga, penulis keji tersebut mencipta ayat-ayat yang dikatakannya sebagai salahSurah satu surah Al-Quran iaitu Al-Munharif. Anda boleh lawati blog keji tersebut dan pasti anda akan memakin-hamun penulis blog tersebut. Namun, nasihat penulis jangan kita terus meninggalkan komen kejian dan cacian diblog tersebut kerana itu akan lebih menggembirakan si penulis keji itu dan juga memberinya inspirasi untuk terus mencaci Islam kerana pasti akan ada ummat Islam yang akan melayan karenah keji dia. Itu sifat ummat Melayu, lagi dilarang makin menjadi....benda yang di suruh pasti tidak di lakukan. Contohnya, andai anda semua masih ingat...jika zaman kanak-kanak dahulu datuk nenek kita ingin melarang kita memanjat pokok, adakah mereka terus melarang?? Pasti ramai yang akan berkata tidak, kerana pastinya kita tidak akan turun. Sebaliknya mereka akan menyuruh kita agar memanjat lebih tinggi. Kemudian, pasti kita akan turun...renung-renungkanlah wahai saudaraku sekalian....
No comments:
Post a Comment