cara pemakaian |
Contohnya seperti gambar di atas, yang mana cara pemakaian trend yang terkini bertudung tetapi baju mendedahkan kulit tubuh si pemakai. Ini bukan etika penutupan aurat yang sempurna tetapi hanyalah fesyen yang di amalkan oleh wanita-wanita Islam dewasa ini. Di INSANIAH juga ada pemakaian staf yang sebegini walaupun INSANIAH sebuah Universiti berteraskan Islam dan juga Bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya. Ini bukan tuduhan yang melulu ataupun tuduhan liar semata-mata, ini kerana terdapat model staf INSANIAH yang memakai seperti ini lalu dihadapan penulis baru-baru ini. Dan kalau anda memerhati dengan teliti anda akan dapat lihat cara pemakaian sebegini. Penyataan ini bukan untuk memburukkan sesiapa, cuma teguran dari sudut skop yang kecil di mana tempat yang kita berada sekarang. Di mana kita harus berpijak di bumi yang nyata agar kepentingan itu yang perlu kita jaga dan perbaiki bersama. Kenapa penulisan ini hanya mempertikaikan wanita, ini kerana kesemua staf-staf lelaki etika pemakaian mereka adalah sama dan menepati tuntutan aurat iaitu berbaju kemeja dan berseluar slack.
Etika pemakaian pekerja lelaki, kita boleh lihat semuanya menepati syariat tidak kira walaupun institusi itu bukan sebuah institusi yang berteraskan Islam. Ini dapat dibuktikan dan memang sudahpun terbukti dengan jelas dalam kehidupan harian kita dapat melihat waima lelaki yang bukan Islam pun berpakaian sebegitu etika pemakaian mereka. Pasti diantara rakan-rakan bersetuju dengan apa yang dinyatakan disini kerana ianya fakta bukannya auta. Ini kerana, cara pemakaian sebegitu bukan sahaja membawa dosa kepada si pemakainya malahan kepada lelaki ajnabi yang memandangnya. Memang pandangan yang pertama tidak membawa dosa, tetapi harus di ingat bahawa lelaki mempunyai nafsu dan keinginan. Setiap pandangan yang pertama mesti ada pandangan yang kedua dan seterusnya. Syaitan juga akan mendorong kearah tempat pemandangan yang indah dah penuh cantik itu.
No comments:
Post a Comment