Saturday, September 12, 2020

PRN Sabah : "Test Drive" untuk PN+BN=MN

    


Pilihanraya Negeri (PRN) bagi Sabah makin terasa hangat bahangnya dan pelbagai isu yang timbul seiring bersama kehangatan tersebut. PRN Sabah pada kali ini menjadi medan ujian bagi BERSATU dan PAS serta parti komponen lain dalam Perikatan Nasional bersama dengan Barisan Nasional bagi mendokong Muafakat Nasional yang dipelopori oleh PAS dan UMNO bagi mendepani Pakatan Harapan Plus yang diketuai DAP bersama Parti Keadilan Rakyat.




    Isu agak panas ketika ini ialah, disebelah kem PN yang mana dikatakan bahawasanya PAS tidak diberikan ruang oleh parti komponen dalam PN dalam pembahagian kerusi calon untuk PRN. Sebagaimana kita sedia maklum, populariti PAS di Sabah masih tidak begitu memberangsangkan memandangkan keadaan sosio budaya disana yang agak berbeza dengan semenanjung serta kewujudan pelbagai parti politik tempatan Sabah yang agak banyak. Jadi Presiden PAS lebih suka memberikan peluang kepada parti komponen lain untuk meletakkan calon disamping membuktikan semangat setiakawan PAS serta mendokong agenda Muafakat Nasional.



    Hal ini juga berlaku ketika mana BN masih memerintah tampuk pemerintahan negara dulu, yang mana UMNO memberi ruang kepada komponen parti politik tempatan Sarawak untuk meletakkan calon mereka. Namun kita kita tidak nampak perbezaan ketika itu kerana BN hanya menggunakan satu logo/lambang yang sama tidak kira parti mana yang bertanding sejak merdeka lagi. Jadi tidak menjadi satu kudis kepada PAS jika tidak meletakkan calon di Sabah. Lebih baik PAS mula menunjukkan kebolehan dan kelebihan atau memperkenalkan PAS kepada masyarakat Borneo. Ini kerana masyakat di Sabah hanya lebih mengenali Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) daripada PAS itu sendiri. Disini juga PAS boleh menjadi jambatan penghubung antara PN dan BN demi agenda yang lebih besar iaitu MUAFAKAT NASIONAL. Ini dapat dibuktikan dengan prestasi menteri-menteri dari PAS yang kini semakin pendapat perhatian rakyat.

**ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak berkaitan mana-mana entiti.

No comments:

Post a Comment

Pelaburan Mudah dengan Wahed Invest

Posting kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda satu sistem pelaburan yang mudah dan senang. Sistem ini berdaftar dengan Suruhanjaya ...