Saturday, September 19, 2020

MUDA : Parti Syed Saddiq

Pada 17 September 2020 Syed Saddiq telah mendaftarkan sebuah parti baharu yang diasaskan olehnya iaitu Parti MUDA. Beliau telah hadir ke ROS (Suruhanjaya Pertubuhan) pada hari Khamis pukul 10.30 pagi bagi menghantar dokumen-dokumen berkenaan penubuhan parti baharu berasaskan anak muda tersebut. Dan setelah tertubuh parti itu maka Syed Saddiq tentunya menjadi Presiden untuk parti tersebut.

Ada maklumat mengatakan bahawa Parti MUDA Syed Saddiq adalah penjenamaan semula bagi sebuar nGo yang berdaftar di Johor sejak sebelum PRU14 yang lepas iaitu nGo MUDA. Jadi Syed Saddiq cuma mengambil-alih dan menjenamakan semula nGo tersebut sebagai mana yang telah dilakukan oleh Abang Mat Sabu and the gang dengan menjenamakan semua Parti Pekerja kepada Parti Amanah Negara (PAN).
Dengan menubuhkan parti yang berasaskan anak muda, perjalanan parti tersebut kemungkinan tidak begitu stabil kerana sudah pasti kepimpinan parti tersebut kerap berubah dek kerana meningkat usia ahli yang telah menjadi tua. Persoalannya ialah, jika ahli MUDA meningkat dewasa perlukah menubuhkan pula parti TUA?

Perjalanan politik adalah satu survival yang panjang dan bukannya berasaskan katogeri usia. Dalam berpolitik memerlukan seseorang yang matang dalam liku-liku politik dan juga matang dari segi ilmu. Semangat dan keterujaan bukan menjadi satu titik mula namun pengalaman amat bermakna. Memperjuangkan hak orang muda tidak memerlukan sebuah parti berasaskan pemuda.

No comments:

Post a Comment

Pelaburan Mudah dengan Wahed Invest

Posting kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda satu sistem pelaburan yang mudah dan senang. Sistem ini berdaftar dengan Suruhanjaya ...