Ini yang dimaksudkan
Walau bagaimanapun terdapat segelintir pemimpin pembangkang menyatakan bahawa idea dan cadangan Menteri tersebut membawa negara ke zaman batu. Ini adalah salah satu pemikiran jumud yang semborono demi survival politik sendiri. Jika idea tersebut membawa negara ke zaman batu, adakah negara lain juga sudah kembali ke zaman batu setelah mengamalkan Rain Harvesting?
Memang tidak dinafikan bahawa Rain Harvesting bukanlah satu idea yang ampuh bagi menyelesaikan krisis air yang berlaku dalam negara kita ini. Namun idea tersebut bukanlah cadangan yang terkebelakang atau teruk, tetapi boleh dijadikan sebagai alternatif langkah penjimatan air daripada air hujan mengalir sia-sia ke longkang.
No comments:
Post a Comment