Friday, September 18, 2020

SPRM : Portal Berbahasa Mandarin

 Hari ini 18 September 2020 berlaku satu pelancaran portal internet SPRM berbahasa Mandarin. SPRM menyatakan dalam laman rasmi facebook mereka bahawa ianya untuk memudahkan masyarakat kaum Cina bagi mengakses maklumat berkenaan salahlaku rasuah serta dapat memberikan kefahama kepada masyarakat kaum Cina. Apa yang berlaku ini agak mengejutkan kerana ianya terjadi bukan di era pemerintahan PH DAP.
 Apa yang dapat kita simpulkan disini ialah:

1. Dengan pelancaran portal Bahasa Mandarin tersebut maka secara hakikatnya adalah pencabulan keatas Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi dalam urusan kerajaan. Jika SPRM boleh mewujudkan portal berbahasa Mandarin yang penuturnya hanya sekadar 30%-40% dari majoriti rakyat Malaysia, maka SPRM juga boleh mewujudkan portal berbahasa lain seperti Iban, Kadazan, Murut, Tamil dan juga Bahasa Siam.

2. SPRM cuba memerli kaum Cina seolah-olah kaum Cina lebih banyak mengamalkan amalan rasuah dalam kehidupan seharian atau perniagaan. Ini kita boleh lihat betapa kebalnya syarikat-syarikat seperti kuari pasir yang lori membawa lebih muatan, pusat judi dan judi online. Kebanyakan syarikat ini melakukan kesalahan yang pelbagai namun masih mampu berdiri dek kerana kekebalan mereka melalui amalan rasuah. Sebagai contoh apa yang berlaku dalam kes tular Asri Janggut baru-baru ini.
Jadi disini kita boleh lihat tahap penguasaan bahasa kebangsaan dikalangan masayarakat Cina ada tidak berada pada tahap yang sepatutnya sedangkan mereka lahir dan membesar di Malaysia. Dengan adanya portal kerajaan seperti ini, maka bahasa kebangsaan semakin lama semakin tidak akan di endahkan oleh kaum-kaum yang bukan penutur asli bahasa Melayu. Kita sepatutnya memartabatkan bahasa kebangsaan kerana itu adalah identiti teras sebagai rakyat Malaysia. 

**bahasa jiwa bangsa, gunakan bahasa kebangsaan 

No comments:

Post a Comment

Pelaburan Mudah dengan Wahed Invest

Posting kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda satu sistem pelaburan yang mudah dan senang. Sistem ini berdaftar dengan Suruhanjaya ...